Kepentingan Tidur yang Lena

Anda mungkin selalu dengar bahawa seorang dewasa perlukan 7-9 jam sehari untuk tidur. Namun, kualiti tidur juga penting untuk memastikan anda bangun dengan segar keesokan pagi. Semasa anda berehat, badan anda melalui pelbagai peringkat kitaran tidur. 

Tidur nyenyak, sebagai contoh, adalah peringkat tidur yang anda perlukan untuk berasa segar apabila anda bangun pada waktu pagi. Teruskan membaca untuk mengetahui lebih lanjut tentang bahagian kitaran tidur anda ini.

Apa itu kitaran tidur

Tidur dibahagikan kepada dua kategori: tidur REM (rapid-eye-movement) dan bukan REM (non-rapid-eye-movement). Anda memulakan malam dalam tidur bukan REM diikuti dengan tempoh tidur REM yang singkat. Kitaran berterusan sepanjang malam kira-kira setiap 90 minit. 

Tidur nyenyak berlaku pada tahap terakhir tidur bukan REM.

Tidur bukan REM

Ada 4 tahap untuk tidur bukan REM. 

Pada tahap 1:

  • Fungsi badan seperti pernafasan, pergerakan mata dan degupan jantung akan mula perlahan.
  • Otot- otot akan mula relaks
  • Mula merasa mengantuk

 

Pada tahap 2:

  • Sistem badan relaks
  • Pergerakan mata berhenti dan otak dalam fasa berehat

 

Pada tahap 3 dan 4 kita berada dalam tidur nyenyak/ deep sleep

  • Degupan dan pernafasan berada pada fasa perlahan
  • Gelombang otak semakin perlahan
  • Sukar untuk bangun walaupun ada bunyi yang kuat

Tidur REM

Tahap 5 adalah tidur REM dan pada tahap ini:

  • Akan mula mengalami mimpi 
  • Degupan jantung dan pernafasan meningkat
  • Kita senang terjaga pada tahap ini.

Tips untuk dapat tidur nyenyak

Banyak cara untuk dapatkan tidur yang nyenyak.

Antaranya:

  1. Kurangkan pengambilan kafein/alkohol/nikotin seperti kopi. Banyakkan minum air sebelum tidur
  2. Tutup lampu dan elakkan bunyi persekitaran yang bising dengan menutup tv/telefon pintar
  3. Persekitaran tidur yang selesa dengan menggunakan bantal dan tilam yang selesa. 

Kelebihan tidur nyenyak/deep sleep

Metabolisme glukosa dalam otak meningkat semasa tidur nyenyak, menyokong ingatan jangka pendek dan jangka panjang serta pembelajaran keseluruhan.

Tidur yang nyenyak juga adalah waktu kelenjar pituitari merembeskan hormon penting, seperti hormon pertumbuhan manusia, yang membawa kepada pertumbuhan dan perkembangan badan.

Selain itu, kita juga akan mudah untuk bangun pagi dalam keadaan segar dan bersemangat. 

Kelebihan tidur nyenyak yang lain termasuk:

  • pemulihan tenaga
  • penjanaan semula sel
  • meningkatkan bekalan darah ke otot
  • menggalakkan pertumbuhan dan pembaikan tisu dan tulang
  • menguatkan sistem imun

Perlukan cadangan? Layari website kami untuk dapatkan bantal yang sesuai untuk anda.

Kongsikan artikel ini

Facebook
Twitter
Telegram
WhatsApp

Artikel Berkaitan

×