Tidur nyenyak sama penting dengan senaman dan diet seimbang untuk kehidupan yang sihat. Banyak kajian yang menunjukkan tidur yang tidak berkualiti memberi kesan buruk kepada hormon, badan dan otak.
Ia juga boleh menyebabkan kenaikan berat badan dan menambah risiko penyakit kepada golongan dewasa dan kanak-kanak.
Maka, untuk elakkan perkara ini terjadi kami senaraikan tips yang boleh dilakukan untuk mendapat tidur nyenyak.
1. Jangan mengambil kafein pada lewat malam
Seperti yang kita tahu, kafein mempunyai banyak kelebihan, seperti menambah fokus, tenaga dan prestasi sukan. Namun, jika diambil sebelum tidur boleh menyebabkan badan terlalu aktif untuk tidur sekaligus memaksa kita tidur lambat.
Kafein akan berada dalam darah selama 6-8 jam, jadi disarankan untuk elak mengambil kafein yang banyak pada waktu petang atau malam.
2. Kurangkan tidur siang
Orang selalu kata power naps waktu tengah hari boleh recaj tenaga, tapi kalau terlalu lama tidur siang boleh merosakkan jam badan kita. Tuhan dah cipta waktu malam untuk kita rehat bukan berjaga.
Selalu tidur siang akan mengelirukan badan kita tentang waktu tidur. Kita akan sukar untuk tidur malam atau tidur nyenyak dan mudah mengantuk pada waktu siang.
3. Jangan makan pada lewat malam
Pengambilan makanan berat sebelum tidur boleh mengganggu pengeluaran hormon HGH dan melatonin. Seeloknya makan 4 jam sebelum tidur supaya perut kita dapat mencerna makanan tersebut sebelum kita tidur.
Apabila kita tidak makan atau minum pada lewat malam kita akan mudah untuk tidur nyenyak. Ini kerana kita tidak akan terjaga waktu malam sebab nak berak atau kencing.
4. Senaman berkala pada waktu siang
Bersenam telah dibuktikan oleh sains dapat membantu kita untuk senang tidur nyenyak. Ia boleh meningkatkan semua aspek tidur dan berkesan untuk mengurangkan gejala insomnia. Tambahan pula, bersenam dapat menyihatkan badan bak kata pepatah sambil menyelam, minum air.
Walaupun senaman harian adalah kunci untuk tidur nyenyak, melakukannya terlalu lewat pada siang hari boleh menyebabkan masalah tidur.
Ini disebabkan oleh kesan rangsangan senaman, yang meningkatkan hormon seperti epinefrin dan adrenalin.
5. Menggunakan bantal, tilam dan katil yang
selesa dan sesuai
Perasan tak kalau kita menginap di hotel lebih mudah untuk tidur nyenyak. Ini kerana persekitaran dan kualiti bantal serta tilam sangat tenang dan selesa. Menggunakan tilam dan bantal yang bagus dapat mengurangkan sakit belakang, bahu dan tengkuk.
Jangan berkira untuk menukar tilam atau bantal kepada yang lebih bagus. Jika ingin membeli bantal atau tilam, pastikan mengikut citarasa supaya sedap mata memandang.
Andai kata perlukan cadangan atau nasihat, layari website kami untuk mengetahui bantal atau tilam yang sesuai dengan anda.