Kenapa Sukar Untuk Tidur Malam?

Kebanyakan orang pernah mengalami kesukaran untuk tidur waktu malam, Dah bergolek sana sini pun masih tak dapat lelapkan mata. Apa punca kita sukar untuk tidur ya? Nak tahu sila baca lebih lanjut.

1. Punca yang pertama, telefon anda

Sebab pertama sukar untuk tidur adalah kita selalu scroll sosial media walau dimana kita berada termasuk atas katil sebelum tidur. Namun tabiat ini tidak bagus untuk tidur kita kerana cahaya dari telefon akan memberi kesan kepada otak kita.

Apabila otak kita mengesan cahaya dari telefon, ia akan menganggap cahaya tersebut seperti matahari pada waktu siang. Maka, badan kita tak akan mengeluarkan melatonin dengan secukupnya, iaitu kimia yang membantu kita untuk tidur.

Kekurangan melatonin boleh menyebabkan anda insomnia. Jadi elakkan letak telefon berhampiran katil terutama jika anda mempunyai keinginan tinggi untuk memeriksa telefon dengan kerap.

2. Makan terlalu banyak pada waktu malam

Mengambil makanan ringan sebelum waktu tidur adalah OK, tetapi makan terlalu banyak boleh menyebabkan anda berasa tidak selesa secara fizikal semasa berbaring. 

Ramai orang juga mengalami pedih ulu hati, aliran balik asid dan makanan dari perut ke dalam esofagus selepas makan, yang mungkin membuatkan anda terjaga.

3. Kafein, nikotin dan alkohol

Kopi, teh, cola dan minuman berkafein lain adalah perangsang. Meminumnya pada lewat petang atau malam boleh menghalang anda daripada tidur pada waktu malam.

Nikotin dalam produk tembakau adalah satu lagi perangsang yang boleh mengganggu tidur. Alkohol merupakan diuretik yang boleh menyebabkan anda bangun lebih kerap pada tengah malam untuk ke bilik air.

4. Tekanan atau stress

Kebimbangan tentang kerja, sekolah, kesihatan, kewangan atau keluarga boleh membuatkan fikiran anda aktif pada waktu malam, menjadikannya sukar untuk tidur.

Peristiwa kehidupan atau trauma yang menekan — seperti kematian atau penyakit orang yang disayangi, perceraian atau kehilangan pekerjaan — juga boleh menyumbang kepada kesukaran untuk tidur.

5. Persekitaran tidur yang tidak selesa

Persekitaran anda yang bising seperti bunyi lalu lintas, kapal terbang boleh mengganggu anda untuk tidur. Bilik yang terlalu terang  atau suhu bilik panas /sejuk juga menambah ketidakselesaan untuk tidur.

Satu perkara yang ramai orang terlepas pandang adalah kualiti tilam, bantal dan katil. Bantal dan tilam yang terlalu keras atau terlalu lembut menyukarkan anda untuk berada dalam postur yang selesa untuk tidur. Kami sarankan anda cuba menggunakan Duck Feather Mattress Topper  untuk diletakkan atas tilam anda yang keras.

Layari website kami juga untuk mencari bantal dan cadar yang berkualiti untuk memudahkan anda tidur malam.  

Kongsikan artikel ini

Facebook
Twitter
Telegram
WhatsApp

Artikel Berkaitan

×