5 Sebab Sakit Tengkuk Bila Bangun Tidur

Pernah tak anda merasai sakit tengkuk apabila bangun dari tidur. Kalau pernah mesti rasa tak selesa untuk menjalankan aktiviti seharian sebab nak pusingkan kepala pun sakit. Orang tua selalu kata sebab tidur tersalah bantal. Tapi kan macam mana sebenarnya sakit tengkuk ini terjadi? Harini saya nak bagitahu 5 sebab sakit tengkuk bila bangun dari tidur.

1. Posisi tidur yang tidak betul

Ada di antara kita  yang tidur secara lasak, sekejap baring, lepastu meniarap dan sebagainya. Posisi yang salah boleh menyebabkan leher/ tengkuk berada dalam kedudukan yang janggal dan terseliuh.

Menurut portal MyHealth KKM, kita digalakkan untuk tidak tidur dalam keadaan meniarap agar tengkuk tak berada dalam kedudukan ‘rotation and lateral flexion’ untuk jangka masa yang lama. Bila kita meniarap, tengkuk akan menghadap kiri atau kanan. Otot tengkuk akan meregang dengan lama dan boleh mengakibatkan sakit tengkuk. 

Kalau kita tidur secara baring, tengkuk akan menghadap ke depan dan posisi ini mengurangkan penggunaan otot di tengkuk sekaligus dapat mengelakkan kita dari sakit tengkuk bila bangun.

2. Pemilihan bantal yang tidak sesuai

Bantal juga memainkan peranan untuk mengelakkan dari sakit tengkuk. Bantal yang terlalu tinggi atau rendah akan meletakkan tengkuk kita tidak selari dengan badan ketika tidur dan meletakkan tekanan pada tengkuk.

Bantal yang terlalu keras tidak boleh mengikut bentuk kepala manakala bantal yang sangat lembut tidak dapat menyokong tengkuk dan berat kepala kita. 

Anda boleh cuba menggunakan Bantal MF. Bantal MF adalah singkatan kepada Bantal Microfibre kerana ia adalah pengisian mikrofiber dengan kain Cotton Down Proof. Ia akan menyokong leher dan bahu anda di mana sahaja anda bergerak di atas bantal. Ia juga perlahan naik yang bermaksud ia tidak akan menyakiti leher anda.

Anda juga boleh baca artikel berkenaan cara untuk memilih bantal yang sesuai.

3. Umur yang meningkat

Golongan yang lebih dewasa mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk rasa sakit tengkuk bila bangun kerana otot dan tulang mereka yang semakin lemah.

Kemerosotan otot dan tulang di bahagian tengkuk dan tulang belakang akan memudahkan mereka untuk mengalami sakit tengkuk jika postur tidur tidak baik.

4. Kehidupan seharian

Kerja yang melibatkan banyak pergerakan tengkuk seperti di pejabat atau menggunakan komputer terlalu lama boleh memenatkan leher kita. Kebanyakan orang tak merehatkan leher mereka selepas bekerja. Oleh itu, kita terdedah kepada sakit tengkuk apabila tidur selepas bekerja dalam waktu yang lama. 

Keadaan badan juga penting contohnya obesiti. Berat badan yang berlebihan akan memberi tekanan yang banyak kepada tulang belakang dan tengkuk apabila baring atau tidur. Jika berterusan, kemungkinan untuk sakit tengkuk adalah tinggi.

5. Kecederaan lampau atau whiplash

Whiplash adalah kecederaan yang biasa berlaku semasa kemalangan. Ini biasanya dipanggil hyperextensi atau kecederaan hiperfleksi kerana kepala dipaksa bergerak ke belakang atau ke hadapan dengan pantas melampaui gerakan normal leher. 

Pergerakan yang tidak normal ini mempengaruhi otot dan ligamen di leher. Otot bertindak balas dengan mengetat dan mengecut. Ini menyebabkan keletihan otot yang membawa kepada rasa sakit dan kekejangan. 

Individu yang pernah mengalami situasi/kecederaan ini mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk sakit tengkuk bila bangun dari tidur jika kecederaan mereka belum sembuh.

Kongsikan artikel ini

Facebook
Twitter
Telegram
WhatsApp

Artikel Berkaitan

×