Terdapat banyak faedah bantal berkualiti. Saya bagi satu situasi; anda merasakan seperti mendapat tidur yang cukup, tapi bangun keesokan harinya dengan badan yang lenguh atau sakit.
Anda juga tak dapat tidur dengan lena kerana asyik perlu menukar posisi kepala semasa tidur. Perkara ini terjadi kerana anda guna bantal yang tidak berkualiti.
Apabila anda semakin berusia, anda akan menghabiskan satu pertiga masa dalam sehari untuk tidur. Jadi, sangat penting untuk anda memastikan bantal yang digunakan sesuai dan selesa.
Apa faedah bantal berkualiti
- Bantal menyokong struktur rumit kepala, leher, bahu pinggul dan tulang belakang semasa tidur/rehat. Apabila digunakan dengan baik, bantal membantu dalam mengurangkan atau mencegah banyak bentuk sakit belakang dan leher yang biasa, serta bahu, pinggul dan lain-lain bentuk sakit sendi.
- Bantal berfungsi untuk memastikan bahagian atas badan berada dalam penjajaran semasa tidur, melegakan tekanan dan mengimbangi badan. Bantal harus disesuaikan agar sesuai dengan bentuk unik, lengkungan, dan posisi tidur seseorang dan meredakan titik tekanan.
- Faedah bantal berkualiti seterusnya ialah membantu menangani masalah sakit belakang.Bagi mereka yang mengalami gangguan tulang belakang, jenis sokongan yang betul boleh menjadi sangat penting dalam membantu tulang belakang berehat dengan selesa. Tidur yang mencukupi adalah peluang badan untuk memulihkan dirinya daripada cabaran postur, fizikal dan saraf sepanjang hari.
- Faedah yang terakhir ialah memudahkan anda untuk tidur lena. Tidur memainkan peranan dalam memastikan kita kekal sihat dan produktif. Bantal yang selesa dapat mengelakkan kita dari mengidap insomnia atau penyakit sukar tidu
Dimana boleh dapat bantal berkualiti?
Terdapat banyak bantal berkualiti yang sedia ada di Malaysia. Anda boleh cuba bantal MF atau lihat artikel top 5 bantal yang terbaik.
Anda juga boleh membaca artikel cara untuk memilih bantal yang sesuai sebelum anda membeli bantal. Ini supaya anda tidak silap membeli dan dapat menikmati faedah bantal berkualiti.