Top 5 Bantal Terbaik

Tidur yang lena dan selesa sangat penting untuk kesihatan kita. Banyak faktor yang mempengaruhi kualiti tidur kita; antaranya ialah bantal. Bantal yang bagus memudahkan kita untuk bangun dalam keadaan segar dan menceriakan mood kita seharian. Berikut ialah top bantal terbaik yang membantu anda untuk tidur lena.

1. Sherra MF Pillow

mf-pillow

Top bantal terbaik yang seterusnya ialah Sherra MF Pillow. Bantal MF adalah singkatan kepada Bantal Microfibre kerana ia adalah pengisian mikrofiber dengan kain Cotton Down Proof. Ia akan menyokong leher dan bahu anda di mana sahaja anda bergerak di atas bantal. Ia juga perlahan naik yang bermaksud ia tidak akan menyakiti leher anda.

Isi mikrofiber mengekalkan bentuknya dan memberikan sokongan lembut kepada badan anda.

Material

Microfiber

Dimensi (cm)

74 x 48

Berat

1.5 kg

2. Bantal Neckpro Memory Foam Contour

Bantal dari Neckpro ini direka sesuai untuk membentuk kontur kepala dan leher, melegakan titik tekanan, mengurangkan rasa lenguh atau sakit, sambil membantu menyelaraskan tulang belakang.

Bantal ini menawarkan;

  • Anti-hama yang menyeluruh (100%)
  • Melegakan kesakitan di otot bahu dan leher
  • Reka bentuk kontur menyokong kepala dan bahu untuk keselesaan sepanjang malam
  • Teknologi mengurangkan tekanan

Material

Memory foam

Dimensi (cm)

60 x 36 x 13

Jaminan

1 tahun

3. Kingkoil Compressed Supersoft

Bantal KingKoil ini menggunakan 100% pelindung kapas sisir yang membuatkan permukaan bantal menjadi lebih sejuk.

Terdapat juga jaringan garnet yang mencipta jutaan poket udara untuk menjadikan permukaan bantal sangat selesa ketika digunakan.

Anda juga tak perlu risau bantal ini akan kemek setelah lama digunakan kerana mempunyai rawatan silikon yang membantu mempercepatkan proses dari mampat ke gebu.

Seperti bantal berkualiti yang lain, bantal Kingkoil juga boleh dibasuh di dalam mesin basuh dan cepat kering.

Material

Polyester Fiberfill

Dimensi (cm)

74 x 48

Berat 

750gm / 80gm

4. Sonno Memory Foam Pillow

Bantal dari Sonno ini menggunakan material memory foam yang diiktiraf CertiPUR-US®. Ia boleh berkontur mengikut bentuk leher dan kepala anda serta memastikan tulang belakang sejajar agar anda boleh berehat dengan selesa. 

Bantal ini juga mempunyai sarung yang direka untuk mengawal haba dan suhu secara proaktif untuk keselesaan haba yang optimum.

Material

CertiPUR-US® Polyurethane memory foam dan Outlast® cover

Dimensi (cm)

70 x 40 x 12

Berat 

2kg

Jaminan

2 tahun , tempoh mencuba 30 hari

5. Koyoto K-115 Memory Foam Contour

Bantal ini mempunyai bentuk yang unik iaitu cekung di bahagian tengah bantal. Ia dicipta untuk menyesuaikan bantal dengan bentuk semula jadi pada kepala dan leher, dan akan memberikan sokongan penuh semasa tidur.

Kelebihan bantal Koyoto K-115;

  • Memberi keselesaan yang untuk leher dan bahu anda.
  • Menyokong tulang belakang anda dalam kedudukan yang semula jadi.
  • Membantu melegakan ketegangan serviks, sakit leher/bahu dan sakit kepala.
  • Membantu mencegah dengkuran.
  • Mengandungi busa memori premium anti-bakteria dan tahan hama habuk.
  • Menyediakan penyahbauan semula jadi dengan sarung luar anti-bakteria rayon yang dibuat dari buluh.

Material

Memory foam 

Dimensi (cm)

60 x 32 x 11/6

Jaminan

2 tahun 

Kongsikan artikel ini

Facebook
Twitter
Telegram
WhatsApp

Artikel Berkaitan

×