4 Cara Tingkatkan Kualiti Tidur

Tidur merupakan satu keperluan asas dan penting dalam kehidupan manusia. Ramai orang hari ini memandang enteng tentang kualiti tidur mereka sedangkan tidur juga mempunyai kepentingan yang sama seperti pengambilan makanan yang baik dan amalan senaman yang cukup.

Kualiti tidur yang baik akan memberikan impak yang positif di dalam kehidupan dan tubuh badan anda, tapi macam mana nak tingkatkan kualiti tidur?

Dalam artikel kali ini, saya akan kongsikan beberapa cara yang anda boleh amalkan untuk tingkatkan kualiti tidur anda.

1. Buat rutin bersedia untuk tidur

Cara yang pertama anda boleh lakukan adalah dengan memberitahu minda dan badan anda bahawa ia adalah masa untuk tidur.

Tapi macam mana?

Anda boleh mengamalkan rutin harian setiap kali sebelum tidur seperti mencuci muka, memberus gigi, menepuk bantal tidur dan memakai baju tidur anda. Cuba tekun dengan rutin anda setiap kali sebelum ingin tidur. Lama-kelamaan minda dan tubuh anda akan terbiasa dan membuatkan anda lebih mudah untuk tidur.

2. Tidur dalam keadaan selesa

Bilik tidur merupakan tempat rehat manusia. Oleh itu, ianya perlu berada dalam keadaan yang bersih dan selesa. Ini adalah mainan psikologi yang bertujuan menjadikan bilik tidur anda nampak sungguh selesa untuk aktiviti berehat dan tidur. 

Pemilihan tilam, bantal dan selimut memainkan peranan penting bagi mendapatkan keselesaan ketika tidur. Set tidur yang baik akan memberikan keselesaan dan sokongan terbaik untuk anda mendapatkan tidur malam yang nyenyak disamping meningkatkan kualiti anda!

Anda juga boleh baca artikel berkenaan cara untuk memilih bantal yang sesuai.

3. Tidur dalam bilik gelap

Sebaik sahaja anda sudah bersedia untuk tidur, pastikan bilik tidur anda kelihatan gelap. Suasana bilik yang gelap, sejuk dan tenang mampu membuatkan anda lebih cepat melelapkan mata dan tidur dengan nyaman.

Pastikan tiada lampu pencahayaan lain yang boleh mengganggu konsentrasi anda ketika tidur. Sedikit cahaya dalam bilik tidur anda boleh mengganggu kitaran tubuh badan dan pengeluaran melatonin kelenjar pineal anda.

4. Kawal suhu bilik tidur

Selain itu, memastikan suhu yang tepat juga memberikan impak dalam memastikan anda mendapatkan kualiti tidur yang baik. Kawalan suhu yang baik dapatkan mengelakkan anda daripada sering terjaga ketika tidur kerana terlalu panas ataupun sejuk. 

Berapakah suhu yang sesuai untuk tidur?

Tidak ada suhu spesifik untuk membantu anda tidur dengan baik. Jadi, tanya kepada diri anda soalan-soalan seperti adakah anda kesejukkan pada waktu malam? Atau adakah anda sering berpeluh ketika tidur?

Hal ini supaya anda boleh mengawal suhu bilik dan pilih ketebalan selimut mengikut keselesaan anda bagi mengelakkan tidur yang terganggu dan mendapatkan kualiti tidur yang baik.

Kongsikan artikel ini

Facebook
Twitter
Telegram
WhatsApp

Artikel Berkaitan

×